Sunday, November 2, 2008

Cacing Merah Untuk Dijual Dengan Harga Borong

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua pembaca, kepada sesiapa yang ingin membeli cacing tanah (Red Worm / Lumbricus Rubellus) untuk tujuan induk atau baja kompos (vermikompos) boleh hubungi saya dengan segera 017-442 1007 atau email kepada zal_boyz@yahoo.com. Saya jamin harga yang saya beri adalah antara yang terbaik dan di bawah pasaran.

Untuk pembelian 100 kg ke atas, kos penghantaran adalah ditanggung oleh saya. Untuk pembelian kecil (untuk kegunaan sendiri) juga adalah dialu-alukan.


Baja organik cacing (vermikompos)
Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.

Fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Ertinya 1 kg vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia.

Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:
* kurang pembajakan antara musim
* kurang masalah perosak
* pertambahan pengeluaran hasil
* mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
* penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

Ini adalah peluang anda untuk membeli baka induk cacing merah lebih murah dari pasaran. Sila hubungi saya dengan segera 017-442 1007 atau hantar email zal_boyz@yahoo.com

Cara Menternak Cacing



Assalamualaikum kepada Semua Pembaca Yang Dihormati,

Ramai yang ingin menternak cacing dan menjadi usahawan baja kompos dan cacing tetapi tidak tahu dan tidak pasti bagaimana untuk melakukannya. Yang paling penting anda perlu tahu kenapa anda menternak cacing? Apakah penghasilannya? Saya dapati ramai yang membeli cacing tetapi keliru tentang hasil produknya dan apakah pulangan kepada pelaburannya?

Ramai yang sudah menempah cacing daripada saya dan saya dapati mereka masih lagi tidak bersedia. Mereka telah datang kursus tetapi mereka masih tidak pasti bagaimana untuk menyediakan makanan cacing atau mengasingkan kompos. Ramai juga yang mengeluh kenapa cacing mereka mati? Kebanyakan hanya tahu teori... bagaimana dengan praktikal?

"Sesiapa yang inginkan dunia maka dia perlu mempunyai ILMU, Sesiapa yang inginkan Akhirat maka dia perlu mempunyai ILMU, Sesiapa yang memerlukan kedua-duanya maka dia perlu mempunyai ILMU".

Maka ilmu ini perlu merangkumi teori dan praktikaliti.

Sebelum menternak cacing, anda perlu fahami :-

1. Cacing dan jenis-jenisnya

2. Anatomi dan sistem fisiologi cacing (secara ringkas) untuk mengetahui struktur tubuh, sistem peredaran darah, pernafasan, pembiakan dan proses pertinjaan.

3. Bagaimana survival kehidupan cacing

4. Bagaimana cara menternak cacing secara komersial
- pemilihan lokasi
- pembuatan kandang
- penyediaan makanan atau medium
- pemilihan induk
- pembiakan induk

5. Hama dan musuh cacing

6. Penuaian

7. Analisa hasil penternakan

8. Tips-tips untuk menjayakan penternakan

9. Praktikal di tapak penternakan

10. Membuat jaringan perniagaan